Friday, 20 January 2017

SAKITNYA RASA PUTUS CINTA!

Jadi wartawan TV karier yang uni idamkan sangat. Uni sangat enjoy bercakap, menulis skrip, interview orang itu orang ini... 10 tahun lebih uni hambakan diri sebagai wartawan tv. Buat pilihanraya, buat parlimen. Letih? Tiada nilai letih untuk sesuatu yang kita minat. Super enjoy!!!.

Tapi uni korbankan kerjaya ni, untuk pilih "masa depan". Sakit, sedih, perit ALLAH je tahu.. feeling dia macam "putus cinta". Mesti u ol faham kan rasa tu... Sayang sangat kerja tu. Selangkah demi selangkah uni tinggal dunia penyiaran. Tak leh tinggal sekali harung.. sebab nanti rasa dia sedih kaw-kaw. Ibaratnya mcm u ol kena tinggal boy fren/ gfren.. ha tu lah rasa dia. Sakit...

Sakit u ol... sedih.. frust rasa tu saat keputusan dibuat untuk tinggalkan kerjaya tu. Di saat kerjaya uni seolah berada di puncak masa tu. 

Uni korbankan semua tu untuk perjalanan tudung SITIMURNI. 

Kerana itu, uni sanggup buat apa pun untuk tudung ni. Berdepan fitnah, tohmahan, makian, hinaan.. I DONT MIND. Diam diam diam.. itu je yang uni lakukan.

Yang uni kisah sekarang... enjoy dengan apa yang uni kerjakan. Design tudung comel-comel, buat LIVE FB kat customers, hasilkan dan arah iklan sendiri... Staf? memang ada berlambak tolong... Tapi bila kita dah serapkan cinta terhadap kerja kita. Ia macam dah sebati dalam jiwa kita. Hepi hepi hepi hepi...!! Seolah dunia ni uni yang punya. 

Haaa... nak tahu apa yang uni dah lalui? dan paksa diri untuk jatuh cinta dengan apa yang uni kerjakan? Bagaimana uni tetap tersenyum walau hati menangis melolong dalam perjalanan perniagaan? Bagaimana uni bina empayar perniagaan bermula dari modal RM1000 sehingga jutaan ringgit jualan? Bagaimana uni cetuskan idea untuk sesuatu perkara?

Uni akan kongsikan kepada anda buat julung kali... Ramai PM suruh share di seminar dan personal. Semua uni tolak selama ni kerana jiwa saya hanya meniaga dan tak pernah terfikir untuk sharing.


ANUGERAH 60 WANITA INSPIRASI NONA
DAH COP KAT DAHI WARTAWAN UNTUK LIVE PERDANA MENTERI


INBOX ke esm@esm-world.com kalau nak uni sharing uni bersama anda. Nama dan no phone anda OK.

Hanya 20 orang terawal. Muahhhh!! LOVE U OL.


SITIMURNI ABDUL AZIZ,
PENGASAS TUDUNG SITIMURNI.


  





No comments:

Post a Comment

Suka? Jom Like