PENGENALAN SITIMURNI

SITIMURNI HOLDINGS SDN. BHD.  merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Berlokasi di Seri Kembangan, Selangor.

Ia dikendalikan pasangan suami isteri Siti Murni Abdul Aziz yang merupakan bekas Wartawan Parlimen TV1, penyampai berita TV1, duta produk dan model. Turut meneraju SITIMURNI Holdings Sdn. Bhd. ialah Hisham Salleh yang juga merupakan pengacara Selamat Pagi 1Malaysia TV1 , penyampai berita TV1 dan pakar motivasi keusahawan.

Tudung SITIMURNI, telah berkembang dengan mempunyai lebih 1500 usahawan dan agen yang berdaftar di seluruh Malaysia, juga turut dipasarkan ke luar negara iaitu di Dhaka, Brunei, Indonesia, Singapura, Indonesia dan UK.

Matlamat utama syarikat ialah melahirkan lebih ramai wanita yang berketrampilan dan berkeyakinan tinggi selain mampu menjana pendapatan luar biasa menerusi jualan tudung SITIMURNI.



Suka? Jom Like